Archive

Archive for May, 2009

Penstrukturan Semula Hutang Kad Kredit

May 24th, 2009

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mempunyai masalah hutang
lapuk kad kredit. Ada di antara kita mempunyai tabiat tidak
suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan
kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang
keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata
kad kredit pun malu-malu…

Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah
minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.
Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit,
contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar
jumlah minimum yang tertera setiap bulan…ianya akan
mengambil lebih kurang 8 tahun untuk melangsaikan
keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan
membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

Di situlah terjadinya jerat kad kredit. Setiap kali anda
membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain
yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

Jadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan
sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin
oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman
yang paling tinggi!

Bagaimana untuk langsaikan hutang kad kredit secara berhemah
dan cepat? Anda perlu mencari satu plan yang boleh
menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar
biasa.

Anda tidak perlu membuat balance transfer ke bank lain,
sebaliknya dengan bank yang mengeluarkan kad kredit anda
sendiri. Syaratnya mudah sahaja, selagi kad anda masih aktif
walaupun sudah mencecah limit yang dibenarkan, anda boleh
menyertai Skim Penstrukturan Semula Kad Kredit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim struktur kad
kredit ini, sila lawati laman web:

http://www.walafiat.com

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum

Lindungi Kad Kredit Anda

May 24th, 2009

LINDUNGI KAD KREDIT ANDA

Kad kredit merupakan instrument pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan pembayaran perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana  pusat perdagangan tempatan atau antarabangasa dengan syarat pusat perdagangan tersebut mempamerkan cap dagang yang sama dengan kad kredit yang hendak digunakan.

Pengeluar kad kredit akan membayar pedagang bagi pihak pembeli terlebih dahulu. Bill transaksi jualan kemudian akan diberikan kepada pembeli. Pengguna dikehendaki menjelaskan bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan menggenakan faedah ke atas amaun yang tertunggak  sekiranya bayaran tidak dibuat pada tarikh tempoh tamat.

Apa yang harus anda lakukan untuk melindungi kad kredit anda, memandangkan kad kredit adalah satu kemudahan bagi anda.

Amalkan

1. Tandatangan

Setiap kad kredit yang  baru diterima haruslah ditandatangani dengan segera.

2. Awasi

Pastikan kad kredit anda selalu berada dalam pandangan apabila suatu transaksi dilakukan. Pastikan jurujual mengembalikan kad , draf jualan dan resit selepas suatu transaksi.

3. Lukis

Lukis satu garisan pada draf jualan pada ruangan kosong di atas jumlah bayaran atau

bulatkan amaun bayaran sebelum anda menandatangani draf jualan tersebut.

4. Simpan

Simpan setiap draf jualan termasuk draf jualan yang diterima daripada stesyen layan diri.

5. Semak

Semak penyata kad kredit yang diterima setiap bulan dan bandingkan dengan draf jualan.

Segera laporkan kepada bank pengeluar kad sekiranya terdapat perbezaan atau ralat.

6. Lapor

Sekiranya kad anda dicuri atau hilang, hubungi pusat kad anda dengan segera.

7. Rekod

Buat senarai nombor akaun kad kredit dan nombor telefon pusat pengeluar kad kredit tersebut untuk digunakan senagai rujukan sekiranya berlaku kecurian kad kredit atau kehilangan. Simpan senarai-senarai tersebut di tempat yang selamat.

8. Bayar

Buat pembayaran kad kredit tepat pada masanya. Berhati-hati untuk mengelak pembayaran lewat dan bayaran penalti.

Jangan:

1. Pinjam

Jangan pinjamkan kad kredit kepada sesiapa, walaupun rakan-rakan atau ahli keluarga.

Kad kredit, tidak boleh ditukar milik.

2. Beri

Jangan sesekali beri nombor akaun kad kredit melaui telefon kecuali anda telah mengesahkan bahawa syarikat atau individu yang menerima maklumat nombor akaun tersebut adalah pihak yang boleh dipercayai.

3. Pamir

Jangan tulis atau simpan nombor PIN anda di da;am beg atau dompet. hafal nombor PIN

tersebut dan musnahkan PIN notifikasi.

4. Pandangan

Jangan benarkan kad kredit anda hilang dari pandangan semasa suatu transaksi. Jangan

benarkan ia dilihat oleh orang lain. Ingat kad kredit umpama wang tunai.

5. Hilang

Jangan lalai dalam pemyimpanan kad kredit. Selalu pastikan bahawa kad-kad kredit berada dalam simpanan anda. Periksalah untuk kepastian.

6. Lebih Berbelanja

Jangan berbelanja melebihi kemampuan. Selalu buat kira-kira atau rancangan bagaimana

wang akan dibelanjakan.

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Tips Kad Kredit

Hutang Kad Kredit Adalah Tanggungan Bersama

May 24th, 2009

Hutang Kad Kredit Adalah Tanggungan Bersama

Soalan:

Saya telah mengambil kad kredit sampingan (supplementary card) untuk suami atas desakannya. Saya baru mendapat tahu bahawa dia telah berbelanja berlebihan kerana selama ini saya tidak pernah menerima bil kad tersebut. Bil kad tersebut telah dihantar ke pejabat suami saya dan dia selalu menyatakan bahawa dia telah membayarnya. Kami kini sedang dalam proses perceraian di mahkamah. Bolehkan saya dipertanggungjawabkan ke atas bil suami saya? Jika ya, apakah yang boleh saya lakukan supaya dia juga dipertanggungjawabkan?
- Juriah Ali, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Terdapat dua persoalan di sini iaitu, bolehkah puan dipertanggungjawab untuk bil kredit kad suami puan dan kedua, sekiranya ya, apakah tindakan yang boleh diambil oleh puan.

Bagi soalan yang pertama, puan akan bertanggungjawab terhadap kesemua bil suami puan kerana puan merupakan pemegang kad kredit utama.

Pada kebiasaannya, pihak bank tidak akan mengambil tindakan terhadap pemegang kad kredit sampingan. Ini kerana di dalam borang permohonan untuk memasukkan pemegang kad sampingan:

1) kelulusan pemegang kad utama adalah diperlukan sebelum kad sampingan dikeluarkan.
2) Terdapat klausa dan/atau syarat dalam borang permohonan yang menyatakan bahawa pemegang kad kredit utama bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas kesemua jumlah kredit yang telah digunakan oleh pemegang kad kredit sampingan.
3) Terdapat klausa yang memberikan pilihan terhadap pemegang kad utama sama ada untuk menghadkan jumlah kredit yang boleh diberikan kepada pemegang kad sampingan atau tidak.

Oleh yang demikian, apabila kad kredit sampingan tersebut dikeluarkan, ini bermakna pihak pemegang kad utama telah bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak bank dan akan bertanggungjawab terhadap jumlah yang dihutang oleh pemegang kad sampingan.

Berkenaan dengan soalan kedua, terdapat beberapa keadaan yang perlu diteliti;

1. Pihak bank telah memulakan tindakan undang-undang terhadap puan tetapi belum mendapat penghakiman. Dalam keadaan ini, puan boleh berbincang dengan pihak bank supaya memasukkan suami puan sebagai salah seorang dengan dalam tindakan tersebut.

Namun, pihak bank sebagai plaintif berhak menentukan terhadap siapa ia akan dituntut. Oleh itu, sekiranya pihak bank enggan memasukkan suami puan sebagai defendan kedua, puan boleh membuat permohonan untuk memasukkan suami puan sebagai pihak ketiga dalam tindakan yang dimulakan oleh pihak bank. Dengan itu, suami puan akan bertanggungjawab untuk membayar balik kepada puan segala hutang di pihaknya sendiri.

2. Pihak bank telah mendapat penghakiman terhadap puan.
Dalam keadaan yang kedua, puan boleh memulakan tindakan undang-undang terhadap suami puan untuk mendapatkan kembali jumlah yang terhutang olehnya. Bagaimanapun, puan harus faham bahawa puan hanya akan dapat menuntut terhadap suami puan sekiranya semua bil ada di dalam simpanan puan.

Bil-bil tersebut mesti menyatakan secara nyata jumlah yang terhutang oleh puan berbanding dengan jumlah yang terhutang oleh suami puan melalui kad kredit sampingan tersebut. Kebiasaannya pihak bank akan membuka dua akaun yang berasingan bagi kedua-dua kad kredit utama dan sampingan. Puan juga boleh meminta pihak bank untuk mengemukakan salinan bil-bil tersebut.

3. Tiada tindakan undang-undang diambil oleh pihak bank tetapi puan telah menjelaskan jumlah yang terhutang itu. Akhirnya dalam keadaan ketiga, puan boleh memulakan tindakan undang-undang terhadap suami puan bagi jumlah yang telah dibayar itu.

Namun, keadaan ini adalah lebih sukar berbanding dengan keadaan yang kedua tadi kerana puan perlu membuktikan dengan jelas bahawa bayaran adalah untuk bahagian hutang bagi suami puan atau bahagian hutang puan sendiri.

Sekiranya semasa puan membuat bayaran puan tidak menyatakan dengan jelas bahawa pembayaran tersebut adalah bagi kad kredit yang mana satu, ini akan menyukarkan puan membuktikan satu kes yang kukuh terhadap suami puan.

- Lucy Abdullah, panel peguam Sister In Islam

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum

Mengapa Kad Kredit Dipasarkan Begitu Meluas?

May 24th, 2009

Mengapa Kad Kredit Dipasarkan Begitu Meluas dan Mudah Didapati?

Mengikut statistik terkini yang diperolehi oleh Bank Negara Malaysia, jumlah hutang kad kredit yang masih tertunggak berjumlah RM 10.6 billion dan pasaran kad kredit ini bertambah 20% setiap tahun

Dengan kadar faedah 1.5% sebulan, bank-bank di Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM 159 juta setiap bulan, tidak termasuk caj-caj untuk khidmat lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) atau caj lambat bayar (RM5).

Dengan hasil pulangan sebegini lumayan, hampir kesemua bank berebut-rebut untuk mendapatkan pelanggan bagi menguasai pasaran kad kredit di Malaysia, samada melalui pelanggan baru mahupun pindahan baki dari kad kredit lama.

Ini termasuklah Bank Islam yang juga telah memperkenalkan kad kredit mereka sendiri yang berbentuk pembiayaan Islamik. Saya berpendapat, bukan menjadi satu kejutan lagi, jika lebih banyak institusi kewangan lain seperti Bank Rakyat, Malaysian Building Society, Syarikat Insurans & syarikat Unit Trust turut ‘terjun’ ke dalam pasaran ini nanti, samada secara terus menerus, mahupun melalui anak syarikat mereka.


Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit

Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit.

  1. Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% - 21%  setahun.
  2. Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dari Tarikh Penyata Bil Bulanan
  3. Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan)
  4. Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulanan untuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)
  5. Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit.
  6. Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia (Laporan CCRIS).


Tanda-Tanda Anda Akan Menghadapi Masalah Hutang Kad Kredit

  • Pada mulanya, anda berjanji akan membayar sepenuhnya barang yang dibeli melalui kad kredit, tetapi cuma bayar sebahagian kecil sahaja apabila penyata diterima.
  • Kad kredit anda sudah penuh atau over-limit.
  • Anda cuma bayar ‘minimum payment’ setiap bulan
  • Anda gagal membuat bayaran 1-2 bulan (bayaran tertunggak) termasuk rekod kredit CCRIS
  • Anda selalu membuat pengeluaran tunai dari kad kredit
  • Anda berhutang pada 2-3 kad kredit, atau lebih
  • Anda disenarai hitam oleh Bank

Dengan hanya membayar jumlah minima setiap bulan, hutang kad kredit RM 10,000 akan selesai sepenuhnya selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.

Year

Beginning
Balance

Interest @
18.0%

Annual
Payment

Ending
Balance

1.0

$10,000

$1,491

$4,970

$6,521

2.0

6,521

972

3,241

4,253

3.0

4,253

634

2,113

2,773

4.0

2,773

413

1,378

1,808

5.0

1,808

270

899

1,179

6.0

1,179

175

625

729

7.0

729

91

600

220

7.4

220

9

229

(0)

Jadi, kesimpulan yang anda boleh dapat dari illustrasi di atas adalah, jika anda hanya membayar jumlah minima setiap bulan, : -

dan jika anda terus membayar bulanan pada kadar minima dan kemudian, mengguna-semula kad kredit tersebut, maka hutang kad kredit anda tidak akan selesai sampai bila-bila pun!

Saya amat sarankan anda semua mempertimbangkan untuk membuat penstrukturan semula kad kredit. Kurangkan interest daripada 15% -18%  setahun kepada 6.25% sahaja.

Dapatkan maklumat lanjut di www.walafiat.com

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum

Fakta Kad Kredit di Parlimen

May 24th, 2009

Fakta Kad Kredit di Parlimen

Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

1. Berapa ramai yang telah muflis akibat daripada perbelanjaan boros melalui penggunaan kad kredit sejak 2004; dan
2. Apakah Kementerian akan mengawal penerbitan kad kredit yang sudah keterlaluan dan menurunkan kadar faedah untuk pinjaman kad kredit.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kes muflis disebabkan hutang kad kredit mengikut tahun dari 2004 hingga 2007 adalah seperti berikut:

Tahun              Jumlah Kes Muflis Hutang Kad Kredit
2004                1,397
2005                1,479
2006                1,656
2007                1,873

2. Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau dan memastikan bahawa tahap penggunaan dan pengeluaran kad kredit adalah berhemat dan terkawal. Pendidikan mengenai penggunaan kad kredit telah diberikan sewajarnya contohnya Garis Panduan Kad Kredit memerlukan institusi pengeluar kad kredit membuat rujukan kepda Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System (CCRIS) semasa memproses sebarang permohonan kad kredit untuk menilai kedudukan kewangan si pemohon. Pengeluar kad kredit juga perlu merujuk kepada CCRIS secara berkala untuk memantau tahap keterhutangan pemegang kad mereka dan mengurus had kredit yang diberikan. Di samping itu, BNM juga telah mengeluarkan syarat minimum kepada pengeluar kad kredit untuk menjual, memasarkan dan mempromosikan kad kredit dengan matlamat untuk memperbaiki amalan perniagaan pengeluar kad kredit dengan menggalakkan pembiayaan yang bertanggungjawab dan pemberian layanan yang adil kepada pengguna.

3. Walaupun penggunaan kad kredit sebagai instrument pembayaran semakin meningkat, hutang melalui penggunaan kad kredit tidak berada pada tahap kritikal. Sehingga akhir bukan Februari 2008, jumlah pinjaman terkumpul (outstanding loan) kad kredit hanya merangkumi 3.5% daripada jumlah pembiayaan keseluruhan institusi perbankan. Daripada jumlah hutang kad kredit sebanyak RM23.3 bilion, 89.3% atau RM20.8 bilion ialah baki semasa, 8.4% atau RM2.0 bilion adalah baki tertunggak tidak melebihi tempoh 3 bulan dan hanya 2.3% atau RM0.5 bilion merupakan baki tertunggak melebihi tempoh 3 bulan atau dikategorikan sebagai tahap pinjaman tak berbayar (non-performing loan). Tahap pinjaman tidak berbayar kad kredit juga masih terkawal dan telah menurun kepda 2.3% pda akhir bukan Februari 2008 berbanding dengan 16.1% pada tahun 1998 (ketika krisis kewangan serantau) daripada jumlah hutang kad kredit.

4. Berdasarkan statistic tabiat pembayaran kad redit bgi tempoh bulan Julai hingga Disember 2007, secara puratanya, 30% daripada pemegang kad menyelesaikan jumlah baki yang belum dijelaskan sepenuhnya setiap bulan, dan hamper 60% daripada jumlah ynag dibelanja setiap bulan dijelaskan dengan sepenuhnya pada bulan berikutnya. Hampir separuh daripada pemegang kad membayar sekurang-kurangnya jumlah bayaran minimum tepat pada waktunya dan membawa bakinya ke hadapan.

5. Daripada 5,566,871 permohonan yang diterima oleh institusi-institusi pengeluar kad kredit sepanjang tahun 2007, hanya 2,764,0852,764,085 permohonan atau 49.7% sahaja yang diluluskan. Kadar yang rendah ini meunjukka bahawa pengeluaran kad kredit tidak dilakukan sewenang-wenangnya, iiatu berbeza dengan tanggapan umum. Ahli Yang Berhormat. Secara keseluruhan, tahap penggunaan dan pengeluaran kad kredit adalah terkawal.

6. Berhubung dengan caj kewangan kad kredit, BNM telah mengeluarkan garis panduan yang menghendaki pengeluar kad mengamalkan struktur penentuan harga bertingkat (tiered pricing) bagi kad kredit dengan insentif diberikan kepada pengguna kad kredit yang mempunyai rekod pembayarn yang baik. Di bawah struktur ini, pemegang kad yang menyelesaikan baki kad kredit yang perlu dibayar setiap bulan tepat pada waktuya untuk 12 bukan berturut-turut, caj kewangan akan dikurangkan daripada kadar maksimum 18% setahun kepada tidak lebih daripada 15% setahun. Manakala pemegang kad yang menyelesaikan baki kad kredit yang perlu dibayar setiap bulan daripada kitaran 12 bulan, caj kewangan akan dikurangkan kepada tidak lebih daripada 17% setahun. Kadar maksimum sebanyak 18% setahun masih dikenakan untuk pemegang kad yang lain.

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum

Kad Kredit : Biar Papa Asal Bergaya

May 24th, 2009

Sumber : HarakahDaily.net

Mutakhir ini, isu pengguna kad kredit yang berhadapan dengan tindakan senarai hitam dan undang-undang menjadi antara laporan panas media-media arus perdana.

Abang Budin Somban Duo terpanggil untuk turut serta membincangkan isu ini yang mana ramai di kalangan rakan-rakan saya terutamanya yang sama sekampus di Universiti Malaya dulu yang menggunakan Kad Kredit ini bagi tujuan tertentu.

Apa nak buat bila dah bekerja dengan pangkat besar, mereka merasakan terpanggil untuk menggunakan kad kredit sebagais atu lambang ‘prestij’ kononnya, malangnya ada di antara mereka yang menyalahgunakan kad ini untuk bergaya meskipun tidak berkemampuan.

Tidak dinafikan ada juga yang menggunakan kad kredit hanya untuk mengisi minyak dan ketika terdesak.Bagaimanapun sebilangan besar yang menggunakan kad kredit lebih cenderung kepada gaya hidup mewah, menunjuk-nunjuk dan mahu memakai barangan yang berjenama dengan menggunakan kaedah pembelian kad kredit yang cukup mudah.

Ada juga rakan yang menggunakan kad kredit bagi membeli telefon bimbit yang berharga sehingga RM1200 dan ke atas semata-mata mahu menunjuk-nunjuk bahawa mereka memiliki gaya hidup yang cukup mewah, canggih sedangkan poket kering.

Memandangkan kekangan ekonomi yang cukup melampau hari ini, kemungkinan besar golongan ini (pengguna kad kredit) terpaksa menggunakan kad kredit ini bagi menampung kelesuan poket yang dihadapi.

Malangnya ada yang sukar untuk membayar semula kadar kredit yang telah digunakan dan tertangguh hingga beberapa bulan lamanya.Akibatnya bunga yang dikenakan ke atas penggunaan meningkat hinggalah notis dikeluarkan oleh pihak bank.

Dalam keadaan ini pastinya pengguna hilang arah, bagi mereka yang memiliki kad kredit tambahan dari bank yang lain, jalan yang mudah ialah mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar sahaja tunggakan tersebut.

Malangnya, tanpa mereka sedar ianya membawa satu lagi kekusutan kepada pengurusan kewangan mereka memandangkan mereka telah membabitkan satu lagi tambahan risiko ‘liabiliti’ (tanggungan) kepada kad yang lain.

Jika mereka mampu untuk memulangkan semula kadar pengeluaran wang yang telah dibuat terhadap kad berikutnya dalam jangka masa singkat ianya tidak akan mendatangkan masalah, sebaliknya jika gagal ‘bunga’ yang dikenakan atas kadar pinjaman akan meningkat dan menyebabkan satu lagi episod gusar dalam pengurusan wang mereka.

Bagi saya, apa yang penting dalam isu ini kepada mereka yang tidak bergaji tinggi dan mempunyai hutang lain seperti kereta, motor, rumah dan tanggungan lain mereka ini perlu menjana pendapatan luar dari sudut lain dan bukannya memilik kad kredit sebagai jalan penyudah.

Ringkasnya, jangan nanti orang kata, ‘biar papa asal bergaya’.

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum

Belanja Kad Kredit Tanpa Pengawalan

May 24th, 2009

Wang plastik/Kad hutang/Kad kredit kini bagaikan satu trend dalam berbelanja. Dulu, kad kredit ini hanyalah dimiliki oleh ahli bisnes dan korporat dalam erti kata lain orang yang punya gaji besar. Tapi fenomena hari ini telah berubah, kad kredit BOLEH dimiliki oleh mereka yang bergaji sekitar lebih dari RM900 sebulan.

Secara luarannya, kad kredit sebenarnya sedikit sebanyak membantu kita dalam proses pembelian atau pembayaran. Tapi berapa ramai di antara kita yang benar-benar mengetahui bagaimana cara sebenarnya menggunakan/menguruskan perbelanjaan melalui kad hutang ini. Atau memang ada yang sengaja menjeratkan diri dengan menambahkankan liabiliti atau tradisi hutang-piutang!

Sewaktu hujung bulan kad ATM lah sebagai teman setia untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM. Namun sewaktu tengah bulan, ada segelintirnya lebih gemar menggunakan kad kredit sebagai medium untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM. Ramai yang tidak menyedari bahawa kadar faedah yang dikenakan untuk pengeluaran wang dari kad kredit adalah 1.5% sebulan atau 18% setahun. Ini bukannya satu nilai yang rendah, alangkah indahnya jika memiliki pulangan dari pelaburan saham sebesar 18% ini.

Mengikut statistik Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 15,000 kes muflis dicatatkan pada 2005 dan jumlah tersebut telah menurun kepada 13,353 pada tahun 2006. Namun, setakat bulan Jun lepas, lebih 9,000 kes muflis telah dicatatkan, ini satu perningkatan yang agak membimbangkan. Isu hutang melalui kad kredit kalau tidak dibendung dari awal pasti akan menjadi barah. Lama-kelamaan ia akan menjadi peringkat yang lebih kritikal. Malah, ianya pasti menjadi lebih parah apabila golongan muda pada hari lebih gemar untuk memiliki dan menggunakan pelbagai jenis kad kredit. Tapi, gagal untuk membayarnya mengikut masa yang telah ditetapkan dan seterusnya diisytiharkan muflis pada usia muda.

Pada tahun 2005 saja, sebanyak 8% kes muflis yang telah dicatatkan terdiri dari golongan yang berumur kurang dari 30 tahun.

Ukur baju di badan sendiri. Hutang ibarat barah. Kalau tidak rawat pasti menjadi lebih parah. Kad kredit jika digunakan secara betul pasti boleh membantu kita sedikit sebanyak namun jika ianya disalahgunakan. Pasti ianya akan membebankan kita dan seterusnya memerangkapkan diri kita dengan hutang-piutang.

Tips-tips menggunakan kad kredit/kad hutang :
1) Rancang perbelanjaan penggunaan kad kredit - mungkin digunakan untuk membayar bil, minyak kereta atau deposit untuk hotel. Seboleh-bolehnya, tetapkan kadar seminimum yang boleh, dan apabila bil kad kredit sampai kita dapat menjelaskan bayaran tersebut secara PENUH.

2) Elakkan menggunakan cash advance atau pengeluaran wang tunai melalui kad kredit ini. Kerana kadar faedah yang dikenakan bukannya sedikit iaitu 1.5% sebulan atau 18% setahun.

3) Seboleh-boleh jangan menggunakan lebih dari satu kad kredit. Tiada istilah gaya, kaya, macho jika anda menggunakan banyak jenis kad kredit.

4) Apabila bil kad kredit sampai, bayarlah semaksimum yang boleh serta bayar sebelum tarikh akhir. Jangan ikut kadar minimum yang diberikan.

5) Pastikan penggunaan kad kredit diawasi, jangan sesekali memberikan no kad serta pin dengan pihak yang tidak dikenali dengan sewenang-wenangnya. Atau membuat transaksi online pada laman web yang tidak dikenalpasti kesahihannya.

6) Akhir sekali, semak semula bil-bil kad kredit. Lihat semua penggunaan/perbelanjaan keluar kad kredit. Pastikan ianya merupakan transaksi yang SAH dilakukan oleh anda.

Corak perbelanjaan yang bijak dan betul adalah mengelak dari memiliki/menggunakan kad kredit. Kerana semasa kita membeli sesuatu secara tunai. Pasti kita akan menyedari kemampuan kita sebelum berbelanja.

Sekiranya anda mempunyai masalah hutang lapuk kad kredit, jangan biarkan ianya berterusan, buat tindakan sekarang dengan menstrukturkan semula hutang kad kredit. Maklumat lanjut boleh didapati di www.walafiat.com

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum

Tip Guna Kad Kredit

May 24th, 2009

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit.

1. Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan.

2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agartidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka berlakulah penyalahgunaan kad kredit.

3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.

4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.

6. Cuba disiplinkan diri anda untuk bayar jumlah penuh setiap perbelanjaan yang anda buat setiap bulan menggunakan kad kredit. Ini ialah untuk mengelakkan anda dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit anda. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Namun apa yang paling utama sekali ialah disiplin ketika menggunakan kad kredit. Jika tidak sampai bila-bila pun anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik.

7. Bagi anda yang mempunyai hutang lapuk kad kredit, saya pasti anda mempunyai niat untuk langsaikan hutang tersebut secara realistik, cepat dan menjimatkan. Anda sebenarnya boleh kurangkan kadar interest dari 18-15% kepada hanya 6% sahaja setahun. Bagaimana? Anda hanya perlu layari www.walafiat.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share/Save/Bookmark

admin Tips Kad Kredit

SMS Tipu Pemilik Kad Kredit

May 24th, 2009

SMS tipu Pemilik Kad Kredit

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengingatkan para pemegang kad kredit supaya berwaspada jika menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak yang mendakwa ejen bank itu atau bank tertentu untuk meminta pengesahan transaksi kad kredit.

BNM dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan ia kini memantau satu kegiatan penipuan dipercayai didalangi oleh sindiket tertentu yang bertindak licik mendapatkan maklumat peribadi pemilik kad kredit bagi tujuan melesapkan wang daripada akaun mereka.

Hasil siasatan BNM mendapati modus operandi yang digunakan sindiket penipuan itu adalah dengan menghubungi mangsa menerusi panggilan telefon atau SMS.

“Pemanggil palsu itu akan memperkenalkan diri sebagai ejen sebuah bank perdagangan sebelum meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya dicaj kepada kad kredit mangsa.

“Apabila mangsa memberitahu dia tidak membuat sebarang pembelian, pemanggil palsu tersebut kemudian berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk melaporkannya.

“Mangsa disarankan supaya merujuk masalah mereka kepada ‘Unit Kad Kredit Palsu’ dalam BNM atau ‘Jabatan Pengurusan Kad Kredit’ dalam sesebuah bank perdagangan. Mangsa turut diberi nombor telefon unit atau jabatan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, mangsa yang membuat panggilan kepada nombor berkenaan kemudian akan disambut oleh sistem mesej automatik ‘BNM’ seterusnya disambung kepada kononnya pegawai bank berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan diminta menghubungi BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) di talian 1-300-88-5465 atau menerusi alamat e-mel bnmtelelink@bnm. gov.my

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit

Hutang Kad Kredit Keliling Pinggang

May 24th, 2009

Ramai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…

Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.

Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…

… ianya akan mengambil lebih kurang 8 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

Jadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi!

Bagaimana untuk langsaikan hutang kad kredit secara berhemah dan cepat? Anda perlu mencari satu plan yang boleh menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar biasa. Anda tidak perlu membuat balance transfer ke bank lain, sebaliknya dengan bank yang mengeluarkan kad kredit anda sendiri. Syaratnya mudah sahaja, selagi kad anda masih aktif walaupun sudah mencecah limit yang dibenarkan, anda boleh menyertai Skim Penstrukturan Semula Kad Kredit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim struktur kad kredit ini, sila lawati laman web www.walafiat.com

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit