Tentang Blog
May 23rd, 2009
Umum mengetahui masalah tentang kegunaan kad kredit yang berleluasa dan tak terkawal oleh sesetengah individu. Kesan amat ketara apabila terdapat segelintir golongan muda yang diisytiharkan bankrap oleh kerana gagal membayar kad kredit mereka.
Lantaran itu, satu idea telah tercetus oleh saya untuk menghasilkan satu blog khusus untuk pengguna kad kredit yang ingin melangsaikan hutang mereka dengan cara pantas, selamat dan sah di sisi undang-undang.
Semoga dengan kehadiran blog ini memberi banyak manfaat kepada anda semua. InsyaAllah.