Archive

Archive for the ‘Tips Kad Kredit’ Category

Perangkap Kad Kredit

June 14th, 2009

Salam,

Saya amat tertarik dengan artikel di dalam StarBizWeek pada 13 Jun 2009. Ianya menceritakan tentang kepincangan hutang tertunggak kad kredit oleh rakyat Malaysia. Rata-rata pengguna kad kredit masih tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang penggunaan kad. Mungkin ada yang tahu bahana kad kredit, namun disebabkan oleh lonjakan nafsu untuk memenuhi kehendak hidup, ada segelintir yang berbelanja di luar kemampuan mereka. Kad Plastik memberikan satu gaya hidup, biar papa, asalkan bergaya!

Baru-baru ini pengguna kad kredit merasa lega dengan tindakan bank menurunkan kad faedah hutang tertunggak. Namun tahukan anda kos untuk menggunakan dan berhutang dengan kredit kad masih tinggi walaupun bank telah menurunkan kadar faedah di antara 13.5% sehingga 17.5%?  Ini kerana terdapat terma-terma yang diletakkan oleh pihak Bank adalah tidak boleh dinikmati serta merta oleh pengguna kad kredit. Sebagai contoh, sebagai pengguna kad kredit yang kurang dari setahun, anda masih belum layak untuk mendapat pengurangan kadar keuntungan. Walaupun selepas setahun menggunakannya, anda tidak layak secara otomatik kerana kegagalan untuk membayar minimum secara konsisten menyebabkan anda tidak layak untuk memasuk ‘tier’ kedua kadar keuntungan.

Sehingga April 2009, rakyat Malaysia mempunyai hutang tertunggak kredit kad sebanyak RM24.4 billion. Ini adalah satu jumlah yang banyak. Data juga menunjukkan lebih 10 juta kad kredit di Malaysia, hanya 30% daripada pemegang membayar baki penuh setiap bulan. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang menggunakan kad kredit akan berbelanja 17% lebih daripada orang yang menggunakan tunai.

Samada kita sedari atau tidak, sekiranya kita mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM1000 dan hanya membayar jumlah minimum 5%, ianya akan mengambil masa selama lima tahun dan lapan bulan untuk menyelesaikan jumlah tersebut beserta dengan kadar faedah yang dikenakan.

Sekiranya hutang kad kredit tertunggak sebanyak RM10,000 dan pemegang kad hanya membayar jumlah minimum 5% setiap bulan, hutang kad tersebut hanya akan selesai dalam masa tujuh tahun dan lapan bulan!!!

Fakta ini amat memeranjatkan saya. Sedar atau tidak, inilah hakikatnya. Mengikut Bank Negara, jumlah orang yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2008 adalah 13,907 kes, dan 10% daripada kes tersebut adalah daripada daripada yang berhutang dengan kad kredit.

Pengguna sekarang ini amat beruntung kerana terdapat plan penstrukturan kad kredit agar mereka boleh mengurangkan kaedah faedah yang dikenakan oleh bank. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang penstrukturan kad kredit, anda boleh layari laman web www.walafiat.com

Saya bepandangan campur tangan kerajaan amat perlu bagi membendung gejala penggunaan kad kredit secara berterusan dan melampau melebihi pendapatan individu. Sebagai contoh, rasional mempunyai kad kredit melebihi dari tiga bank, serta menaikkan tahap minimum pendapatan untuk melayakkan pengguna diberikan kad kredit. Selain daripada itu, pengetahuan tentang pengurusan kewangan perlu diterapkan di dalam diri pelajar semenjak dari zaman persekolahan sehingga ke Universiti. Jadikan ianya satu subjek yang wajib untuk setiap pelajar bagi melengkapkan pengetahuan asas tentang kewangan.

Share/Save/Bookmark

admin Tips Kad Kredit, Umum

Lindungi Kad Kredit Anda

May 24th, 2009

LINDUNGI KAD KREDIT ANDA

Kad kredit merupakan instrument pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan pembayaran perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana  pusat perdagangan tempatan atau antarabangasa dengan syarat pusat perdagangan tersebut mempamerkan cap dagang yang sama dengan kad kredit yang hendak digunakan.

Pengeluar kad kredit akan membayar pedagang bagi pihak pembeli terlebih dahulu. Bill transaksi jualan kemudian akan diberikan kepada pembeli. Pengguna dikehendaki menjelaskan bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan menggenakan faedah ke atas amaun yang tertunggak  sekiranya bayaran tidak dibuat pada tarikh tempoh tamat.

Apa yang harus anda lakukan untuk melindungi kad kredit anda, memandangkan kad kredit adalah satu kemudahan bagi anda.

Amalkan

1. Tandatangan

Setiap kad kredit yang  baru diterima haruslah ditandatangani dengan segera.

2. Awasi

Pastikan kad kredit anda selalu berada dalam pandangan apabila suatu transaksi dilakukan. Pastikan jurujual mengembalikan kad , draf jualan dan resit selepas suatu transaksi.

3. Lukis

Lukis satu garisan pada draf jualan pada ruangan kosong di atas jumlah bayaran atau

bulatkan amaun bayaran sebelum anda menandatangani draf jualan tersebut.

4. Simpan

Simpan setiap draf jualan termasuk draf jualan yang diterima daripada stesyen layan diri.

5. Semak

Semak penyata kad kredit yang diterima setiap bulan dan bandingkan dengan draf jualan.

Segera laporkan kepada bank pengeluar kad sekiranya terdapat perbezaan atau ralat.

6. Lapor

Sekiranya kad anda dicuri atau hilang, hubungi pusat kad anda dengan segera.

7. Rekod

Buat senarai nombor akaun kad kredit dan nombor telefon pusat pengeluar kad kredit tersebut untuk digunakan senagai rujukan sekiranya berlaku kecurian kad kredit atau kehilangan. Simpan senarai-senarai tersebut di tempat yang selamat.

8. Bayar

Buat pembayaran kad kredit tepat pada masanya. Berhati-hati untuk mengelak pembayaran lewat dan bayaran penalti.

Jangan:

1. Pinjam

Jangan pinjamkan kad kredit kepada sesiapa, walaupun rakan-rakan atau ahli keluarga.

Kad kredit, tidak boleh ditukar milik.

2. Beri

Jangan sesekali beri nombor akaun kad kredit melaui telefon kecuali anda telah mengesahkan bahawa syarikat atau individu yang menerima maklumat nombor akaun tersebut adalah pihak yang boleh dipercayai.

3. Pamir

Jangan tulis atau simpan nombor PIN anda di da;am beg atau dompet. hafal nombor PIN

tersebut dan musnahkan PIN notifikasi.

4. Pandangan

Jangan benarkan kad kredit anda hilang dari pandangan semasa suatu transaksi. Jangan

benarkan ia dilihat oleh orang lain. Ingat kad kredit umpama wang tunai.

5. Hilang

Jangan lalai dalam pemyimpanan kad kredit. Selalu pastikan bahawa kad-kad kredit berada dalam simpanan anda. Periksalah untuk kepastian.

6. Lebih Berbelanja

Jangan berbelanja melebihi kemampuan. Selalu buat kira-kira atau rancangan bagaimana

wang akan dibelanjakan.

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Tips Kad Kredit

Tip Guna Kad Kredit

May 24th, 2009

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit.

1. Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan.

2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agartidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka berlakulah penyalahgunaan kad kredit.

3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.

4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.

6. Cuba disiplinkan diri anda untuk bayar jumlah penuh setiap perbelanjaan yang anda buat setiap bulan menggunakan kad kredit. Ini ialah untuk mengelakkan anda dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit anda. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Namun apa yang paling utama sekali ialah disiplin ketika menggunakan kad kredit. Jika tidak sampai bila-bila pun anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik.

7. Bagi anda yang mempunyai hutang lapuk kad kredit, saya pasti anda mempunyai niat untuk langsaikan hutang tersebut secara realistik, cepat dan menjimatkan. Anda sebenarnya boleh kurangkan kadar interest dari 18-15% kepada hanya 6% sahaja setahun. Bagaimana? Anda hanya perlu layari www.walafiat.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share/Save/Bookmark

admin Tips Kad Kredit