Hutang Kad Kredit Belum Kritikal?
Salam, Hari ni saya membaca laporan yang dikeluarkan dalam Utusan Malaysia memaklumkan hutang kad kredit rakyat Malaysia belum mencapai tahap kritikal. Samada anda setuju atau tidak, fakta menunjukkan penggunaan kad kredit pengguna di Malaysia adalah sebanyak RM24.4 billion. Bagi saya, itu adalah satu jumlah yang banyak!
Tambahan lagi, caj interest yang dikenakan oleh bank-bank masih tinggi, diantara 15-18%. Rata-rata pengguna kad kredit kini dikenakan caj sebanyak 18% setahun. Sebab itu saya sentiasa sarankan pengguna kad kredit yang mempunyai hutang yang hampir mencecah kredit limit agar membuat penstrukturan semula hutang tersebut dengan Kaedah Ez Payment Zero Interest. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai EPP dalam www.walafiat.com
Ok, utk membaca dengan lebih lanjut artikel dalam Utusan Malaysia 10 Jun 2009, saya paste kan di sini:
Hutang kad kredit di Malaysia masih belum mencapai tahap kritikal, demikian menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan berkata, berdasarkan perangkaan Bank Negara Malaysia (BNM), hutang berkenaan berjumlah RM24.4 bilion sehingga akhir Mac 2009.
Beliau berkata sehingga tempoh berkenaan, pinjaman melalui kad kredit menguasai hanya 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan oleh institusi perbankan.
“Angka hutang kad kredit masih rendah,” kata beliau semasa menghadiri pelancaran pusat pembelajaran elektronik, e-Learning, oleh MasterCard di sini hari ini.
AKPK ditubuhkan oleh BNM bagi memberikan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan hutang peribadi mereka dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh bank pusat.
Mohamed Akwal berkata, mulai Januari hingga April tahun ini, sebanyak 16,626 individu mendapatkan bantuan daripada agensi dalam menguruskan kewangan mereka.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif MasterCard Asia Tenggara dan Asia Selatan, Ajay Bhalla berkata, pusat pembelajaran elektronik itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna di rantau ini.
“Pendidikan pengguna sentiasa menjadi suatu yang penting kepada MasterCard, dan kami berusaha untuk memberi pengetahuan dan pandangan kepada pemegang kad untuk menguruskan kewangan mereka dengan paling berkesan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran itu. - BERNAMA