Home > Kad Kredit, Tips Kad Kredit > Lindungi Kad Kredit Anda

Lindungi Kad Kredit Anda

LINDUNGI KAD KREDIT ANDA

Kad kredit merupakan instrument pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan pembayaran perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana  pusat perdagangan tempatan atau antarabangasa dengan syarat pusat perdagangan tersebut mempamerkan cap dagang yang sama dengan kad kredit yang hendak digunakan.

Pengeluar kad kredit akan membayar pedagang bagi pihak pembeli terlebih dahulu. Bill transaksi jualan kemudian akan diberikan kepada pembeli. Pengguna dikehendaki menjelaskan bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan menggenakan faedah ke atas amaun yang tertunggak  sekiranya bayaran tidak dibuat pada tarikh tempoh tamat.

Apa yang harus anda lakukan untuk melindungi kad kredit anda, memandangkan kad kredit adalah satu kemudahan bagi anda.

Amalkan

1. Tandatangan

Setiap kad kredit yang  baru diterima haruslah ditandatangani dengan segera.

2. Awasi

Pastikan kad kredit anda selalu berada dalam pandangan apabila suatu transaksi dilakukan. Pastikan jurujual mengembalikan kad , draf jualan dan resit selepas suatu transaksi.

3. Lukis

Lukis satu garisan pada draf jualan pada ruangan kosong di atas jumlah bayaran atau

bulatkan amaun bayaran sebelum anda menandatangani draf jualan tersebut.

4. Simpan

Simpan setiap draf jualan termasuk draf jualan yang diterima daripada stesyen layan diri.

5. Semak

Semak penyata kad kredit yang diterima setiap bulan dan bandingkan dengan draf jualan.

Segera laporkan kepada bank pengeluar kad sekiranya terdapat perbezaan atau ralat.

6. Lapor

Sekiranya kad anda dicuri atau hilang, hubungi pusat kad anda dengan segera.

7. Rekod

Buat senarai nombor akaun kad kredit dan nombor telefon pusat pengeluar kad kredit tersebut untuk digunakan senagai rujukan sekiranya berlaku kecurian kad kredit atau kehilangan. Simpan senarai-senarai tersebut di tempat yang selamat.

8. Bayar

Buat pembayaran kad kredit tepat pada masanya. Berhati-hati untuk mengelak pembayaran lewat dan bayaran penalti.

Jangan:

1. Pinjam

Jangan pinjamkan kad kredit kepada sesiapa, walaupun rakan-rakan atau ahli keluarga.

Kad kredit, tidak boleh ditukar milik.

2. Beri

Jangan sesekali beri nombor akaun kad kredit melaui telefon kecuali anda telah mengesahkan bahawa syarikat atau individu yang menerima maklumat nombor akaun tersebut adalah pihak yang boleh dipercayai.

3. Pamir

Jangan tulis atau simpan nombor PIN anda di da;am beg atau dompet. hafal nombor PIN

tersebut dan musnahkan PIN notifikasi.

4. Pandangan

Jangan benarkan kad kredit anda hilang dari pandangan semasa suatu transaksi. Jangan

benarkan ia dilihat oleh orang lain. Ingat kad kredit umpama wang tunai.

5. Hilang

Jangan lalai dalam pemyimpanan kad kredit. Selalu pastikan bahawa kad-kad kredit berada dalam simpanan anda. Periksalah untuk kepastian.

6. Lebih Berbelanja

Jangan berbelanja melebihi kemampuan. Selalu buat kira-kira atau rancangan bagaimana

wang akan dibelanjakan.

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Tips Kad Kredit

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.