Belanja Kad Kredit Tanpa Pengawalan

May 24th, 2009

Wang plastik/Kad hutang/Kad kredit kini bagaikan satu trend dalam berbelanja. Dulu, kad kredit ini hanyalah dimiliki oleh ahli bisnes dan korporat dalam erti kata lain orang yang punya gaji besar. Tapi fenomena hari ini telah berubah, kad kredit BOLEH dimiliki oleh mereka yang bergaji sekitar lebih dari RM900 sebulan.

Secara luarannya, kad kredit sebenarnya sedikit sebanyak membantu kita dalam proses pembelian atau pembayaran. Tapi berapa ramai di antara kita yang benar-benar mengetahui bagaimana cara sebenarnya menggunakan/menguruskan perbelanjaan melalui kad hutang ini. Atau memang ada yang sengaja menjeratkan diri dengan menambahkankan liabiliti atau tradisi hutang-piutang!

Sewaktu hujung bulan kad ATM lah sebagai teman setia untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM. Namun sewaktu tengah bulan, ada segelintirnya lebih gemar menggunakan kad kredit sebagai medium untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM. Ramai yang tidak menyedari bahawa kadar faedah yang dikenakan untuk pengeluaran wang dari kad kredit adalah 1.5% sebulan atau 18% setahun. Ini bukannya satu nilai yang rendah, alangkah indahnya jika memiliki pulangan dari pelaburan saham sebesar 18% ini.

Mengikut statistik Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 15,000 kes muflis dicatatkan pada 2005 dan jumlah tersebut telah menurun kepada 13,353 pada tahun 2006. Namun, setakat bulan Jun lepas, lebih 9,000 kes muflis telah dicatatkan, ini satu perningkatan yang agak membimbangkan. Isu hutang melalui kad kredit kalau tidak dibendung dari awal pasti akan menjadi barah. Lama-kelamaan ia akan menjadi peringkat yang lebih kritikal. Malah, ianya pasti menjadi lebih parah apabila golongan muda pada hari lebih gemar untuk memiliki dan menggunakan pelbagai jenis kad kredit. Tapi, gagal untuk membayarnya mengikut masa yang telah ditetapkan dan seterusnya diisytiharkan muflis pada usia muda.

Pada tahun 2005 saja, sebanyak 8% kes muflis yang telah dicatatkan terdiri dari golongan yang berumur kurang dari 30 tahun.

Ukur baju di badan sendiri. Hutang ibarat barah. Kalau tidak rawat pasti menjadi lebih parah. Kad kredit jika digunakan secara betul pasti boleh membantu kita sedikit sebanyak namun jika ianya disalahgunakan. Pasti ianya akan membebankan kita dan seterusnya memerangkapkan diri kita dengan hutang-piutang.

Tips-tips menggunakan kad kredit/kad hutang :
1) Rancang perbelanjaan penggunaan kad kredit - mungkin digunakan untuk membayar bil, minyak kereta atau deposit untuk hotel. Seboleh-bolehnya, tetapkan kadar seminimum yang boleh, dan apabila bil kad kredit sampai kita dapat menjelaskan bayaran tersebut secara PENUH.

2) Elakkan menggunakan cash advance atau pengeluaran wang tunai melalui kad kredit ini. Kerana kadar faedah yang dikenakan bukannya sedikit iaitu 1.5% sebulan atau 18% setahun.

3) Seboleh-boleh jangan menggunakan lebih dari satu kad kredit. Tiada istilah gaya, kaya, macho jika anda menggunakan banyak jenis kad kredit.

4) Apabila bil kad kredit sampai, bayarlah semaksimum yang boleh serta bayar sebelum tarikh akhir. Jangan ikut kadar minimum yang diberikan.

5) Pastikan penggunaan kad kredit diawasi, jangan sesekali memberikan no kad serta pin dengan pihak yang tidak dikenali dengan sewenang-wenangnya. Atau membuat transaksi online pada laman web yang tidak dikenalpasti kesahihannya.

6) Akhir sekali, semak semula bil-bil kad kredit. Lihat semua penggunaan/perbelanjaan keluar kad kredit. Pastikan ianya merupakan transaksi yang SAH dilakukan oleh anda.

Corak perbelanjaan yang bijak dan betul adalah mengelak dari memiliki/menggunakan kad kredit. Kerana semasa kita membeli sesuatu secara tunai. Pasti kita akan menyedari kemampuan kita sebelum berbelanja.

Sekiranya anda mempunyai masalah hutang lapuk kad kredit, jangan biarkan ianya berterusan, buat tindakan sekarang dengan menstrukturkan semula hutang kad kredit. Maklumat lanjut boleh didapati di www.walafiat.com

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum

Tip Guna Kad Kredit

May 24th, 2009

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit.

1. Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan.

2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agartidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka berlakulah penyalahgunaan kad kredit.

3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.

4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.

6. Cuba disiplinkan diri anda untuk bayar jumlah penuh setiap perbelanjaan yang anda buat setiap bulan menggunakan kad kredit. Ini ialah untuk mengelakkan anda dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit anda. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Namun apa yang paling utama sekali ialah disiplin ketika menggunakan kad kredit. Jika tidak sampai bila-bila pun anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik.

7. Bagi anda yang mempunyai hutang lapuk kad kredit, saya pasti anda mempunyai niat untuk langsaikan hutang tersebut secara realistik, cepat dan menjimatkan. Anda sebenarnya boleh kurangkan kadar interest dari 18-15% kepada hanya 6% sahaja setahun. Bagaimana? Anda hanya perlu layari www.walafiat.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share/Save/Bookmark

admin Tips Kad Kredit

SMS Tipu Pemilik Kad Kredit

May 24th, 2009

SMS tipu Pemilik Kad Kredit

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengingatkan para pemegang kad kredit supaya berwaspada jika menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak yang mendakwa ejen bank itu atau bank tertentu untuk meminta pengesahan transaksi kad kredit.

BNM dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan ia kini memantau satu kegiatan penipuan dipercayai didalangi oleh sindiket tertentu yang bertindak licik mendapatkan maklumat peribadi pemilik kad kredit bagi tujuan melesapkan wang daripada akaun mereka.

Hasil siasatan BNM mendapati modus operandi yang digunakan sindiket penipuan itu adalah dengan menghubungi mangsa menerusi panggilan telefon atau SMS.

“Pemanggil palsu itu akan memperkenalkan diri sebagai ejen sebuah bank perdagangan sebelum meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya dicaj kepada kad kredit mangsa.

“Apabila mangsa memberitahu dia tidak membuat sebarang pembelian, pemanggil palsu tersebut kemudian berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk melaporkannya.

“Mangsa disarankan supaya merujuk masalah mereka kepada ‘Unit Kad Kredit Palsu’ dalam BNM atau ‘Jabatan Pengurusan Kad Kredit’ dalam sesebuah bank perdagangan. Mangsa turut diberi nombor telefon unit atau jabatan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, mangsa yang membuat panggilan kepada nombor berkenaan kemudian akan disambut oleh sistem mesej automatik ‘BNM’ seterusnya disambung kepada kononnya pegawai bank berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan diminta menghubungi BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) di talian 1-300-88-5465 atau menerusi alamat e-mel bnmtelelink@bnm. gov.my

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit

Hutang Kad Kredit Keliling Pinggang

May 24th, 2009

Ramai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…

Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.

Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…

… ianya akan mengambil lebih kurang 8 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

Jadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi!

Bagaimana untuk langsaikan hutang kad kredit secara berhemah dan cepat? Anda perlu mencari satu plan yang boleh menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar biasa. Anda tidak perlu membuat balance transfer ke bank lain, sebaliknya dengan bank yang mengeluarkan kad kredit anda sendiri. Syaratnya mudah sahaja, selagi kad anda masih aktif walaupun sudah mencecah limit yang dibenarkan, anda boleh menyertai Skim Penstrukturan Semula Kad Kredit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim struktur kad kredit ini, sila lawati laman web www.walafiat.com

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit

Penggunaan Kad Kredit

May 23rd, 2009

Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun  yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terus diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Pada hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.

Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Hal ini kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakan American Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong pengguna menggunakan kad kredit.

Seterusnya, kebanyakan ahli masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka tidak perlu menukar mata wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita melancong ke luar negara, kita mungkin perlu menukarkan mata wang negara kita ke mata wang negara yang kita lawati itu. Hal ini tidak demikian bagi pemegang kad kredit kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatis setiap kali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat kebanyakan pelancong, mereka g lebih suka menggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang lebih istimewa ketika berurus niaga terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Pada pendapat saya, keadaan ini mungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang sering dikaitkan dengan pemegang kad kredit.

Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli belah atau kedai dan gerai yang mereka kunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.

Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih- lebihan kerana mereka tidak begitu peka atau perihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan. Oleh sebab itu, kita sering mendengar rungutan daripada pemilik kad kredit yang menghadapi masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja, mereka mungkin akan berada dalam keadaan yang sugul kerana terpaksa berfikir bagaimana hendak membayar balik jumlah wang yang telah mereka belanjakan itu.

Hal ini berlawanan dengan pesanan orang tua-tua ‘beringat-ingat sebelum terkena’. Menurut kajian yang pernah dibuat oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia, lebih 35 peratus daripada pemilik kad kredit mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis kerana tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka. Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.

Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.

Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Namun begitu, sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara  berhati-hati, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun, namun ‘wang plastik’ tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar

Bagi yang ingin melangsaikan Hutang Kad Kredit Dengan Cara Paling Bijak, sila layari http://www.walafiat.com

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum