Home > Kad Kredit, Umum > Fakta Kad Kredit di Parlimen

Fakta Kad Kredit di Parlimen

Fakta Kad Kredit di Parlimen

Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

1. Berapa ramai yang telah muflis akibat daripada perbelanjaan boros melalui penggunaan kad kredit sejak 2004; dan
2. Apakah Kementerian akan mengawal penerbitan kad kredit yang sudah keterlaluan dan menurunkan kadar faedah untuk pinjaman kad kredit.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kes muflis disebabkan hutang kad kredit mengikut tahun dari 2004 hingga 2007 adalah seperti berikut:

Tahun              Jumlah Kes Muflis Hutang Kad Kredit
2004                1,397
2005                1,479
2006                1,656
2007                1,873

2. Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau dan memastikan bahawa tahap penggunaan dan pengeluaran kad kredit adalah berhemat dan terkawal. Pendidikan mengenai penggunaan kad kredit telah diberikan sewajarnya contohnya Garis Panduan Kad Kredit memerlukan institusi pengeluar kad kredit membuat rujukan kepda Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System (CCRIS) semasa memproses sebarang permohonan kad kredit untuk menilai kedudukan kewangan si pemohon. Pengeluar kad kredit juga perlu merujuk kepada CCRIS secara berkala untuk memantau tahap keterhutangan pemegang kad mereka dan mengurus had kredit yang diberikan. Di samping itu, BNM juga telah mengeluarkan syarat minimum kepada pengeluar kad kredit untuk menjual, memasarkan dan mempromosikan kad kredit dengan matlamat untuk memperbaiki amalan perniagaan pengeluar kad kredit dengan menggalakkan pembiayaan yang bertanggungjawab dan pemberian layanan yang adil kepada pengguna.

3. Walaupun penggunaan kad kredit sebagai instrument pembayaran semakin meningkat, hutang melalui penggunaan kad kredit tidak berada pada tahap kritikal. Sehingga akhir bukan Februari 2008, jumlah pinjaman terkumpul (outstanding loan) kad kredit hanya merangkumi 3.5% daripada jumlah pembiayaan keseluruhan institusi perbankan. Daripada jumlah hutang kad kredit sebanyak RM23.3 bilion, 89.3% atau RM20.8 bilion ialah baki semasa, 8.4% atau RM2.0 bilion adalah baki tertunggak tidak melebihi tempoh 3 bulan dan hanya 2.3% atau RM0.5 bilion merupakan baki tertunggak melebihi tempoh 3 bulan atau dikategorikan sebagai tahap pinjaman tak berbayar (non-performing loan). Tahap pinjaman tidak berbayar kad kredit juga masih terkawal dan telah menurun kepda 2.3% pda akhir bukan Februari 2008 berbanding dengan 16.1% pada tahun 1998 (ketika krisis kewangan serantau) daripada jumlah hutang kad kredit.

4. Berdasarkan statistic tabiat pembayaran kad redit bgi tempoh bulan Julai hingga Disember 2007, secara puratanya, 30% daripada pemegang kad menyelesaikan jumlah baki yang belum dijelaskan sepenuhnya setiap bulan, dan hamper 60% daripada jumlah ynag dibelanja setiap bulan dijelaskan dengan sepenuhnya pada bulan berikutnya. Hampir separuh daripada pemegang kad membayar sekurang-kurangnya jumlah bayaran minimum tepat pada waktunya dan membawa bakinya ke hadapan.

5. Daripada 5,566,871 permohonan yang diterima oleh institusi-institusi pengeluar kad kredit sepanjang tahun 2007, hanya 2,764,0852,764,085 permohonan atau 49.7% sahaja yang diluluskan. Kadar yang rendah ini meunjukka bahawa pengeluaran kad kredit tidak dilakukan sewenang-wenangnya, iiatu berbeza dengan tanggapan umum. Ahli Yang Berhormat. Secara keseluruhan, tahap penggunaan dan pengeluaran kad kredit adalah terkawal.

6. Berhubung dengan caj kewangan kad kredit, BNM telah mengeluarkan garis panduan yang menghendaki pengeluar kad mengamalkan struktur penentuan harga bertingkat (tiered pricing) bagi kad kredit dengan insentif diberikan kepada pengguna kad kredit yang mempunyai rekod pembayarn yang baik. Di bawah struktur ini, pemegang kad yang menyelesaikan baki kad kredit yang perlu dibayar setiap bulan tepat pada waktuya untuk 12 bukan berturut-turut, caj kewangan akan dikurangkan daripada kadar maksimum 18% setahun kepada tidak lebih daripada 15% setahun. Manakala pemegang kad yang menyelesaikan baki kad kredit yang perlu dibayar setiap bulan daripada kitaran 12 bulan, caj kewangan akan dikurangkan kepada tidak lebih daripada 17% setahun. Kadar maksimum sebanyak 18% setahun masih dikenakan untuk pemegang kad yang lain.

Share/Save/Bookmark

admin Kad Kredit, Umum

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.